24 March 2012

School Holiday @sunway Lagoon with cousins!

Kalo takde kenduri kawen or hari raya aidilfitri mmg jangan haraplah nak jumpa cousins kan! then cousins aku call cakap nk ajak g sunway lagoon, tetbe aku rasa terlebih excited dr cousins aku yg darjah 5 & 6 tuuuu sbb da lama rasanya tak g mandi manda. ihiks ~

Kami gerak dr uma cousins aku kt putrajaya around 9.00am and tiba sunway lagoon at 10.00am. pics otw tak sempat nk snap disebabkan aku terlebih excited utk mengisi perutku dg roti & air kotak. takut lapo pulak tengah mandi nt kan. sediakan payung sebelum hujan katanya :)

Naseb baek sampai awal so nak cari parking pun senang, so bagi yg berminat utk pergi sunway lagoon make sure uolss sampai before tengahari, kalo tak fuhhhh! bercinta nak cari parking ok!


Gambo kat atas ni masa turun dari parking area nak ke entrance utk masuk ke sunway lagoon! and gadis kenit berbaju meyah ni cousins aku, she is darjah 6 tapi sama beso dh dgn aku weh! cuma umo jea tak sama :)


Kat sini ada 5 Parks - Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park & Scream Parks so kalo beli without online, cashier akan explain masa kat kaunter tiket uolss nak pakej apa and apa tempat yg korang suka nk main, more details bole dapat kat sini http://www.sunway.com.my/onlineticketing/ make sure you know the pricing ticket tau! takut nt x cukup cash plak jenuh nak cari ATM satgi :)


Kat sini bukan bole mandi je, zoo pun ada ok. see gambo diatas tu ada panda bulu hitam! bau dia toksah ckp lah busuk ngalahkan kambing gurun.

Subhanallah cantiknya peacock ni toksah nak ckp bagai apa. sorry! walaupun cantek aku ttp tak berani nak snap pics dgn peacock ni sbb muka cam smcm jea. cousins aku yg 2 org ni gak yg berani hihi ~

So after mandi manda selama 7 jam (lama kan? mau tak lama sunway lagoon ni serius beso dok pusing dekat doblas kali pun tak rasa cam da 7 jam hehe) kami pun bertolak balek around 4.00pm sampai putrajaya, penatnye badan toksah cakaplah. tiba rumah mandi terus tido zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz . . .

22 March 2012

Review: Atas nama cinta @TV3, 6.30pm, Mon-Thur

Entah kenapa aku boleh terlayan drama yg agak worse ni? jgn kata aku, dgn osemate aku skali emo bila tgk drama ni sbb? jalan cerita yg agak lembab and sometimes tak masuk akal bile Cinta Iskandar punya act kalo takde pun takpe kot sbb Balqis dg wataknya yg bengis & jahat tu dah menghidupkan suasana. kalo setakat Cinta Iskandar nak tgk buah hati dr tv only since Ghaz is artis. kalo tak entah camne? takkan nk cakap dgn kulit kerang je. spoilll ok.

Today is the last episode & same as usual drama melayu kita pun seems can guess what happen in the ending? sbb Cinta Iskandar kan sakit jantung so masa diorg nikah time tu lah nk dtg sakitnye & meninggal? apa kes? euwwww!

Kalo dah nama pun drama cilok dari novel so 3 minggu tayang je da habis. tak syokkk langsung ok! camni suh Mamat Khalid buat drama lah pulak. kak limah tak nak balik-balik pun xpe. sure meletoop kau!

Kalo nak tahu knp aku marah sgt dgn drama ni bole tgk kat http://www.tonton.com.my/ then barulah paham apa perasaan aku skg.

And now aku bersyukur ianya telah habis so takde lah aku dok buat dosa kering kritik drama ni kan - kan :)

Omg! high cholesterol? high pressure too!




Tadi aku pegi buat health screening di dewan besar, University. so dipendekkan cerita setelah siap mengambil ujian air kencing & ujian darah the result is so meruntun jiwaku tatkala Puan Nurse tu explain yg aku punya kolestrol is very high! aku rasa cam nk pitam pun hado and suddenly aku terfikir? Celah mana pulak lemak ni nyorok utk berat aku yg hanya 43.3 kg ni ek?


And utk result² yg lain alhamdullilah buah pinggang, gula, garam, darah eye and hearing test semua ok.

Apelagi habis je buat health screening tu aku pun dg pantas nye men'goggle'kan diri mencari cara utk mengurangkan kolestrol since drp kata² Puan Nurse tu tdi mcm da teruk beno nye. so inilah hasilnya yg m'buatku tersenyum. sharing is caring :)

Cara merendahkan kolesterol dalam darah ♥
  1. Kurangkan pengambilan minyak jenis lemak tepu (minyak, kelapa, santan, lemak daging)
  2. Pilih minyak bersumberkn tumbuhan (campurkan minyak kelapa sawit dengan minyak jagung atau soya)
  3. Kurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi (daging berlemak) dan buangkan kulit ayam & itik
  4. Elakkan makanan yang mempunyai "trans fat" (spt pastri berkrim, makanan segera, majerin, fast food, ice cream & instant coffee)
  5. Gantikan sebahagian daripada daging dengan kekacang, tauhu, tempeh yang rendah rendah lemak dan tinggi gentian and lastly gambo dibwh boleh m'jelaskan segalanya

Chaiyokkk! chaiyokkk! gambate! cannot wait to see the result after 3 months!

21 March 2012

Port Dickson! wait for me!

Riangnya hati ini bergumbira walaupun berada ditengah - tengah bulan aku masih lagi mampu utk membuat reservation utk holiday bersama family di Port Dickson.

Baru sebentar call hotel utk confirmkan bilik and buat payment. perasaan teruja utk bercuti kembali menyengah dihati krn setelah sekian lama (almost 2 years ok! tak pegi bercuti dg family).



Kali ni aku tak kira, PD ada buaya ke ada arimauuu ke yg penting aku nk pegi gak! sbb itu je masa yg aku ada dgn family. tetbe hati ni syahdu plak teringat mak & abah al-maklum le dah sebulan kot tak balik kg. rinduuuu wooo

So nantikan entry bercuti di PD pulak ek :)

Thank you for viewing!