16 May 2012

Batu Belah Batu Konkrit by Azlina Aziz ft. Monoloque


Waktu balik kerja semalam aku dengar lagu nih kt radio lirik sgt pelik sampai aku diam sekejap sbb nak hayati betul² adakah benar apa yg aku dgr or aku sekadar berangan hehe! tiba rumah cepat² buka lappy nak cari lagu nih and finally i got it! monologue rupanya yg write the lyrics patutla pelik tapi best and suara kak azlina aziz yg da lama tak menyanyi pun best! buat aku ketawa sensorang! :))

Do enjoy the song & lyric here ok and thank you for viewing!

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

No comments:

Post a Comment

shukran jazilan ♥