Tarikh: 27 Jun 2012 (rabu)
Masa: 11.30 pagi
Lokasi: Simpang empat persiaran apec, Cyberjaya
Sebelum memulakan cerita marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada 2 lelaki yang maut dalam kemalangan tersebut, Al-Fatihah . .
Aku melalui kawasan kejadian around 1.15pm otw to KFC untuk lunch with cik f'ieda aziz sewaktu tiba di kawasan tersebut ramainya polis sedang melihat - lihat kawasan kejadian dan mangsa telah dibawa ke hospital. Melihat keadaan bas rapid yang terbabas melanggar pokok, kereta pacuan empat roda yang sangat remuk serta sebuah motosikal yang bagaikan retak menanti belah membuatkan ku mengucap panjang, Subhanallah jika beginilah keadaan kenderaanya bagaimana pula pemandu, penumpang serta pembonceng motosikal tersebut? Tanpa membuat sebarang spekulasi aku terus menunggu jika ada yang sudi bercerita bagaimana kemalangan boleh terjadi, finally ianya diterbitkan dia dada akhbar juga mungkin kerana kemalangan itu adalah sangat tragis.
Berikut adalah laporan penuh yang telah dikeluarkan oleh Sinar Harian
CYBERJAYA - Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini hari ini.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.
Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ. - Bernama
Link rakaman CCTV: http://www.facebook.com/video/video.php?v=3432439694605
- Yang ingin ku tegaskan janganlah kita menjadi seorang yang racist jika kemalangan itu membabitkan pelbagai bangsa.
- Ingatlah setiap perkara yang terjadi adalah penyebab semata - mata kerana ajal & maut adalah ketentuan Allah swt.
- Tiada gunanya kita bermusuhan mempertikaikan segala yang terjadi kerana suatu hari nanti kita akan menyusul jua, bila? dimana? & bagaimana? Allah swt sahaja yang tahu.
Thank you for reading!
No comments:
Post a Comment
shukran jazilan ♥