28 July 2012

Pergi by aizat


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

25 July 2012

Panduan solat sunat tarawih & witir

Assalammualaikum,

Rasanya masih belum terlambat untuk aku update tentang solat tarawih and witir, bak kata cekgu aku  dulu kalau ada ilmu tak kesah la dari mana datangnya asalkan ianya baek untuk kita bersama haruslah dikongsikan bersama agar kita mendapat manfaat darinya. see ustazah Mastura da start berkhutbah lah pulak? padahal nak share panduan solat sunat tarawih dari JAKIM jerr kowt ihiks ~

Korang boleh click kat link ni panduan solat sunat tarawih akan keluar pdf kan so sila ler download dan baca sebagai panduan bagi menambahkan ilmu didada, tak salah kita baca kalau da tahu pun pahala tuuuu . . 


Thank you for viewing!

Adek - part time di MMU Melaka !


Assalammualaikum,

Yeayyy ! my lil sister dapat buat part time selama sebulan di MMU Melaka (eh da kenapa aku yg terlebih excited? ahahaha) confirmed esok start kerja :)

Bila terpandang jer iklan di FB fanpage MMU careers need temporary clerk aku memang da teringat adek ! dia baru habes pratikal + cuti semester selama sebulan so apelagi sampai jer Melaka  last thursday aku terus buka cerita ni kat dia and reaksi nya adalah terlebih excited dari yg aku jangka ehehe

Memula tu HR cakap da penuh and dia plak ada degree so HR takutla kalo dia nak demand gaji pastu naseb baek aku kenal orang yg handle recruit utk part time staff ni so dia agreed nak amik adek ! alhamdullilah.

Salah satu sebabnya adalah dia dapat duet poket sendiri untuk raya and sempat bagitau aku wishlist nak beli itu beli ini and naseb baek lah mak abah benarkan tauuu kalau tak sian dia, nak beli galaxy note dgn hasil titik peluh sendiri katanya? ok ude dah nak start tergelak sekarang ! but if you can buy it i will give you hadiah birthday yg paling best tahun ni ahahaha

Last but not least, do the best buat kerja elok² okeyyy ! so lepas ni aku ada teman untuk berbuka puasa di Melaka kan? niceeeeeee ♥

Thank you for viewing!

Day 4 - fasting month! ;)

Assalammualaikum,

Nak dijadikan cerita permulaan puasa tahun ni entahkan kenapa tekak aku memang tak lalu nak makan nasi  so bila tengok nasi jer rasa macam nak muntah? selama aku hidup inilah 1st time rasa macamni tauuu kalau tidak jangan kata nasi dengan mee goreng aku bedal waktu berbuka ehehehe

Then aku hanya akan berbuka dengan kurma, air and berapa jenis kueh sahaja and diantara favorite aku tahun ni adalah popia !! tak kire lah popia pedas ke popia basah ke memang aku sebat semuanya ahahaha


Itu yang time berbuka semalam sampai ada 2 jenis popia atas meja and you can't believed yang aku hampir habeskan kesemuanya almost 10 popia ok? hampir jela sebab perut aku dah penuh dengan air katira kowt . . alamak ! sedapnyaaa air katira semalam terbayang - bayang lah plak :p

kalau orang johor tak kenal air katira ni da boleh dibuang negeri :p

Paling best sekali tahun ni aku da boleh tahan nafsu dari berbelanja lebih untuk berbuka puasa cukuplah ala kadar sahaja sebab kalau beli banyak² bukan makan pun simpan dalam peti ais 2,3 hari lepas tu buang hmmm membazir.

And for your info sahur aku sebelum tido around 11.00pm - 1.00am ehehe sebab aku memang payah nak bangun makan lah buat air sume sorry memang tak lah yer ! aku cuma bangun menum air suam lepas tu sambung tido balek weeeeeeeee !

Alhamdullilah harini aku masih lagi mampu berpuasa yeayyyy ! now sedang memikirkan apa nak makan untuk berbuka harini ek hmmmmm . . 

Thank you for viewing!

24 July 2012

6D Motion Theater @Dataran Pahlawan !

Assalammualaikum,

Actually sebelum berbuka puasa di amigo steak & grill restaurant kami meneruskan aktiviti riadah ke Dataran Pahlawan or also know as DP ehehe adek aku yg ajooo sebut cenggitu baru mudaaaa katanyer? hmmm budak - budak main short form jelaaa

Ok back to the topic

Khaled Firdaus beria sangat nak tengok 6D motion theater ni dan seingat aku 1st and last kami tengok pun 4D motion theater di indoor, Genting Highland walaupun pun hanya 8 minit for RM 8.00 aku dah rasa nak muntah + pitam + pening sebab kualiti gambarnya tersangatlah dekat gila bagai terjojol bijik mata okeyyy!

But yet nak tengok 6D motion theater pulak? omg! seems like gali kubur tanam balek lah kowt and oleh kerana kami pun takde aktiviti nak buat so redah kasi pecah jugak lah! lokasinya adalah di tingkat 4 bangunan Dataran Pahlawan naik lift tekan jer level 4 for sure sampai ehehe

Sampai jer cashier tanya nak tengok cerita apa? woooo baru aku tahu banyak cerita rupanya boleh tengok sebab masa kat Genting Highland aritu 2 jerr . . so belek punya belek aku pun choose Rupi Ghost can you read properly aku choose tauuuu! ahahaha since when aku yg penakut ni pandai tengok citer antu ek yg pastinya masa memilih tu berani nyer laen macam plak aku aritu :p

1 movie = RM 13.00


Masuk jer dalam theater staff kat situ bagi kami spek mata 5D kaler kuning and diminta untuk pakai seat belt . . ok nak tengok wayang jer pakai seat belt so korang boleh bayangkan tak camner seram nyer movie ni? bagi yg belum pernah merasai 4D or 6D motion theater ni aku sempat mengoogle kan diri cari gambar seat dia yg dasyat ni ehehe! see the picture are as below


Ok korang percaya tak sepanjang perjalanan menyusuri movie yg hanya 8 minit ni aku tutup mata? ahahaha untuk saat yg pertama masuk jer aku terjerit cam orang gila pastu senyap sebab serius aku tak mampu lagi nak tengok hantu - hantu itu berleluasa didepan mataku on the same time Khaled Firdaus pun senyap ehehehe dia cakap rugi tak tengok sebab da bayar RM 13.00 for 8 minutes only errrr tak kesah lah sebab aku da takut sangat tetiba kaki rasa dipegang pastu angin datang dari sebelah telinga feel giler ok! siap basah tau ada air pancut dari mana tah hantu tu sembur kua air tak pasal² basah tudung aku huhhhhhhh!

Ok enuff 6D motion theater i really really FEEL IT! i repeat FEEL IT! 

Endingnya jangan tanya aku sebab aku memang tak tahu but Khaled Firdaus cakap hantu tu tak mati pun? cissss! 

For more info boleh amek kat sini


Address: F4-42, Level 4, Dataran Pahlawan Megamall, Jalan Merdeka, 75000 Melaka
 
GPS: 2.19008,102.251816
 
Tel: 013-221 3884
 
Showing time: 10 am – 11pm

Thank you for viewing!

23 July 2012

Day 2 - Fasting month! ;)

meet him for berbuka puasa
our location is


amigo steak & grill restaurant
Jalan Melaka Raya 8,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka

si dia gatai nak makan western katanyer
weird
so layannzzzzzzzzzz


aku
fish & chip
banana split (menu mengade!)

dia
sizzling chicken black pepper sauce 
papaya milk

sorry!
disebabkan pewod aku begitu teruja melihat banana split
sampai terlupa nak snap photo food my Khaled Firdaus ehehe
trust me all food kat sini memang
hoooliouuuuuu!

steak best! air pon best!

bagi peminat western/sushi or sesekali terasa nak tukar selera plak
aku memang suggest uolsss this place

p/s: kalau 1st time datang jangan terkejut if ramai kaum hokkien makan kat situ tau
don't worry they serve non pork food so korang tak yah lah baek hati sangat nak ask the waiters etc

ok?

Thank you for viewing!

22 July 2012

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H

Assalammualaikum,

Harini abah baik hati nak belanjer kami adek beradek berbuka kat luar so lepas asar tadi kami da bergerak ke pekan Gemas untuk shopping barang dapur untuk sahur esok di Pasaraya Gar Foh and since adek aku baru habes pratikal then mula bercuti dirumah selama sebulan so macam - macam lah emak beli untuk stok adek makan lewat malam sebab dia mmg suke tido lambat!~

Lepas shopping around 6.30pm kami terus gerak ke Pasir Besar untuk berbuka di kedai makan amira iaitu kedai kawan abah! sedappp tau makanan diaorg diantara menu yg kami pesan adalah siakap sweet sour yg sememangnya feberet aku nyummyyy!

Alhamdullilah sempurna sudah hari pertama puasa untuk harini ini bersama keluarga tersayang dikampung halamanku weeeeee!

Kepada kawan - kawanku semua sempena hari baik & bulan baik ni aku ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan diatas segala kesilapan dan keterlanjuran yg aku lakukan samada secara sengaja atau tidak sesungguhnya yg baik datangnya dari Allah swt dan yg buruk datangnya dari khilafku sendiri.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak semoga ramadhan kali ini membawa sejuta makna serta keinsafan kepada kita semua insha'allah.


Thank you for reading!

20 July 2012

Mari mengemas rumah! - part III

Assalammualaikum,

Harini aku mengemas rumah baru di Melaka penatnya toksah cerita jangan kata kaki dgn tangan tapi dengan semuanya saket! mop lantai bilik + dapur + bilik air and toilet pastuu siap lap cermin tingakap bilik tauuu! berkerak dengan habuk lagi tuuuuuu :p

Fuhhh! fuhhh! penat! rumah Melaka tak macam Cyberjaya kecik comel jerr dengan barang aku yg banyak giler no komennnnnnnnnnn lah!

picture taken inside my car! serabooot! :p

The best part is nak ngemas tadi lupa bawak kain buruk for lap - lap and paku for paku macam - macam khazanah aku har har har =)) naseb baek lerrr aku ni memang peramah + banyak mulut so dengan ringan hatinya menyapa my new neighbour untuk mintak paku! sorry kak ira i am desperdoooo perlukan paku, eh? da tahu plak nama my neighbour kak ira ehehe akak yg cute tu tadi bagitahu masa bagi paku. Thank you kak! esok sy ganti eh! ;)

Alhamdullilah, so far 80% kekemasan rumah Melaka siap! tetiba hati ni rasa nervous pulak untuk report duty di Melaka hujung bulan ni macamana lah suasana office baru agaknya, harap - harap aku tabah & sabar mengharungi kehidupan baru ini kelak.

Doakan aku yea! 

Lastly special thanks to my lil sister to help your kakak mengemas and mengemop rumah arini eventhou dia main game lagi byk dari mengemas ahaha! it's okeyy lah adek nanti ude belajer chicken cop eyh :p

Thank you for reading!

18 July 2012

The new tuceng in da house !

awal pagi subuh sapiee Khaled Firdaus call
nak bagitahu yg dak boboy & wifey
telah selamat melahirkan
5 ekor anak tuceng!
yeayyyy!

finally
dapat gak aku nak bela tuceng
setelah "tommy" aku hilang entah kemana

bulan depan baru dapat amek
sebab sekarang baru lahir
kena menum susu + jagaan dari penuh dari ibu dia
kalau amek sekarang macam kesian plak nak pisahkan ibu & anak

dak boboy tu baka siam and wife dia baka kampung
wahhhhh!
lagi buat aku tak sabar nak jaga my new kitty!




Thank you for viewing!

17 July 2012

My wish list item arrived: Morgan Stand Mixer

Helloooo!

Quite excited to writing today because my wish list item is arrived a few minutes ago! wehuuuuuuu! just wonder why this time duration for delivery sangat lambat dari tarikh request it's almost 3 weeks rasanya.



For your info, semalam aku call bonuslink to follow up lah kan kenapa lambat and they salahkan Citylink kerana meraka yg diamanahkan untuk hantar but when i called Citylink they refused to explain to me why the item is pending and promise to sent it tomorrow which is today!

Hurmmm, macam nak marah pun ada tau sebab diorang pending 10 days in their office! tak professional lansung! naseb baik lah semalam mood ada bagus so tak mau marah² ehehe

BTW i am so happy kerana my morgan mixer da sampai tak kesahlah lambat janji sebelum aku pindah ke Melaka yeayyyy! cannot wait to buat kueh! buat kek! and all the baking lah!


Thank you for viewing!

15 July 2012

Mari mengemas rumah ! - part II

Hi,

Alhamdullilah! sesi perpindahan barang - barang besar seperti sofa + tilam + alamri + meja + tong gas + rak buku and rak kasut telah selesai harini dan all the barang juga telah selamat tiba di Melaka jam 2.45 pm tadi. Aku tak ikut sebab esok kerja so tak sempat rasanya nak ulang alik ke Cyberjaya ditambah pula penat mengangkat barang dari tingkat 3 tadi pun tak hilang lagi.



Banyak nya barang YA ALLAH! azam aku lepas ni tak nak beli barang rumah lagi ditambah pula aku da pindah ke Melaka so IKEA memang jauh lah kan and no point aku nak shopping lagi phewwwww! Great!

Disini aku ingin mengucapkan TERIMA KASEH yg tak terhingga kepada Khaled Firdaus & Abg Ngah dia sebab susah payah datang dari Melaka untuk tolong aku harini.

Tak dilupakan juga buat kedua orang sweet gurl yg juga banyak membantu dari segi mengangkat barang and memasak juadah untuk kami makan setelah kepenatan even dah tapau KFC tapi still masak nasi lauk ayam masak merah jugakk boleh gituuu? THANK YOU SO MUCH for cik' Siti and Cik' Rakinah (^_^)

Tanpa kalian aku tidak akan mampu melakukannya.


14 July 2012

R.I.P for Ernest Borgnine a.k.a Mermaid Man (1917 - 2012)

Hi,

Siapa yg suka tengok cerita spongebob squarepants mesti kenal dengan mermaid man and barnacle boy or kalau korang just kenal spongebob squrepants and patrick star only meh sini aku refresh your mind dengan upload picture of them for your reference.


See, remember tak? yg berbaju orange and bertali pinggang M itulah mermaid man! and kalau korang nak tahu or dah tahu mermaid man menggunakan suara Mr. Ernest Borgnine ni, he is one of the screen star from hollywood. Inilah orangnya


The sad part is he is died on July 8, 2012 pada umur 95 tahun akibat kegagalan buah pinggang di Cedars-Sinai Medical Center disisi isteri dan anak-anaknya. Berita ini amatlah mengejutkan aku malah seluruh peminat cerita spongebob squrepants kerana selepas ini yang tinggal hanyalah barnacle boy sebagai hero yg selalu disanjung oleh spongebob squarepants TIADA lagi mermaid man bersamanya. Rest in peace.



Thank you for viewing!

Sepi Sekuntum Mawar Merah by Ella


Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi

Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan .... tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu

Thank you for singing along!

13 July 2012

Surah al-Baqarah, ayat 216

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu Allah mengetahui sedang 
kamu tidak mengetahui"

12 July 2012

Mari mengemas rumah ! - part I

Hi good night,

Al kisah nyer today is mengemas day for me! habes dah sume almari kecik & besar ku kosongkan, segala meja and buku juga telah ku packing kan siap - siap sebelum dihantar ke Melaka ahad ni ;) excited akuu ek sampaikan tilam pun akan ku pos sekali ahahaha

Alamat nyer start minggu depan tido atas toto yolaaa aku hurmmmm . . nak buek camno kalau tak hantar sekarang bila lagi kan lagipun berapa sangatlah kudrat seorang perempuan nak ngangkat sofa aku yg entah berapa tan beratnya aku pun tak tahu cuma yg pastinya memang berat hohoho!

Hidung pun dah sok sek sok sek ni akibat ngemas tak tutup hidung amekkawww! habukkk bukan main banyak lagi nampak sangatlah anak dara kat rumah ni rajin kan? ahahaha

Bila mengemas ni terasa syahdu pulak tengok bilik yg akan ku tinggalkan buat selama - lamanya. 5 tahun aku tido dan pandang ditempat yg sama tak lama lagi aku akan bangun ditempat yg laen hurmmmm . .  sorry aku kehilangan kata - kata disini, jika teruskan aku takut akan lebih emosi.

Thank you.

11 July 2012

A Celebration 4th Anniversary: Gift for him

korang perasan tak pada entry aku sebelum ni 
takde lansung cerita tentang hadiah aku untuk Khaled Firdaus
on our 4th anniversary?
aku tak beli lagi masa tu sebab tak decide nak beli apa
so aku pun tak beli ehehehe

tapi sekarang da beli and last week aku da bagi
kat dia


sorry lambat!

Hajaba contest for attending Hajaba High Tea Fashion Show & Hijab Styling Workshop

last 2 weeks
aku masuk contest ni pulak :p


pastu aku menang lagi yippieee!
sanggup print screen from my GMAIL sebagai bukti
yg omongan aku bukanlah kosong belaka 
ehehehe


yang tak best nyer aku tak dapat attend pun sob.. sob.. sob..
sebab tarikh tu kan aku BALEK KAMPONG!
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

TAPI opismate aku pun menang gak and she is going
aku ada curik sekeping picture dia
buat kenangan hihi (^_^)

tadaaaaaa


kalau nak tahu dgn lebih lanjut bole click kt FB fanpage Hajaba
banyak gambar diaorang upload kt sane
that's all

Thank you for viewing!

My friend's wedding NORLIN & HELMI @palong 9, Negeri Sembilan !


congrats for both of you!

and sorry my niece bikin gempak melalak menangis
kuat giler sebab cari mama dia tak jumpa kat korang punya wedding

sampaikan aku tak sempat nak salam or snap photo dengan perantin
lansung! lepas makan terus balek jerr

eee geram! lepas ni tak mau bawak dia pergi wedding lagi huh!
-_________-

Cara untuk menghilangkan stress (^_^)

Assalammualaikum,

Suasana di office pagi ni disambut dengan bebelan oleh seorang Director yang tak tahu lah sama ada dia period pain or meroyan and dia telah membebel + menjerit macam orang gila! marahkan orang yg bukan staff dia pulak tu isk isk isk . . 1 bangunan boleh dengar so aku pun rasa nak share how to release your stress tak kesah lah in work or home boleh jugak di praktik kan oke? ;) aku pun mengamalkanya sebab sometimes bila dia meroyan aku rasa cam nak balek rumah tido jerrr ehehe

1.  Tarik nafas, tenangkan hati.
2.  Ambil Wudhu’.
3.  Banyakkan Istighfar dan berdoa.
4.  Dengan penuh khusyuk baca Al Quran.
5.  Elakkan dari berfikir perkara-perkara lain.
6.  Hilangkan segala resah.
7.  Pautkan hati pada kesabaran kerana dengan kesabaran jiwa akan kurang tertekan
8.  Qiamulaill. Kerana waktu itu hanya kita berbicara dengan Allah s.w.t.  dalam suasana hening dan damai.   Rasulullah s.a.w. merupakan qudwatun hasanah dalam cara-cara menghilangkan stres. Baginda senantiasa melaksanakan Qiamulail.
9.  Siap sedia untuk berubah. Jangan jadikan stres itu penghalang untuk kita dekatkan diri kita padaNya.


Pesanan aku: semoga jalani kehidupan yg sehat dan berjaya menangani stress! Jangan biarkan ianya menguasai jiwa kita insha'allah :)
Thank you for reading!

Ice Age 4: Continental Drift @GSC Dataran Pahlawan (3D)

for those yang suka cerita kartun and follow this movie
PLEASE beli ticket and tengok sekarangg!
cause all the animals is extremely cute!
especially "sid"


Ok cerita kali ni adalah tentang Manny, Diego, dan Sid memulakan pada pengembaraan lain selepas benua mereka ditetapkan hanyut. Menggunakan aisberg sebagai sebuah kapal, mereka akan berjumpa dengan hidupan laut dan lanun pertempuran kerana mereka meneroka sebuah dunia baru.


Dahh tok leh cerita byk² kalau nak tahu ending kena tengok lah kan and make sure you choose 3D nanti boleh feeling² macam real gituuu :p Tengok jangan tak tengok tauuuu!

Thank you for viewing!

10 July 2012

Kebun abah! ;)

abah ada kebun
sekarang abah buat project tanam pisang, keladi, keledek, jagung
dan macam - macam lagi lah
so sekarang
kalau call dia tak jawab tu memang dia takde
sebab habiskan masa di kebun
dengan tanamanya

aritu balek kampung
awal - awal pagi mak kejutkan
ajak aku pergi kebun tengok tanaman abah

ni gambar yg aku minta tolong mak snap kan
sebagai bukti aku kat kebun
sebab abang - abang aku boleh plak
tak percaya aku pergi kebun 
ehehehe


Thank you mak! 

insha'allah kalau ada hasilnya nanti untung abah
agak - agak boleh minta gadget baru tak?
ehehehe

sekian sahaja cerita aku tentang kebun abah
jumpa di laen entry oke?

Thank you for reading!

Chicken chop di HB3 yang mengiurkannnn !


omaiigoddddddddddddd! 
really miss this
MESTI makan before i leave Cyberjaya :((

Sharing: picture from Sembonia FB fanpage

Hi,

Just want to sharing the picture from Sembonia photographer during Sembonia Styling Workshop in my previous entry! enjoiceeeee!

All participants it's so kusyukk dengar speaker cakap :)



Yang ni plak masa main game mix and match! see muka aku berkerut sebab 
beg tu macam tak match jerr


Ohh! ini part aku dapat hadiah sukeeee sukeeee! yipieeeee! TQ Sembonia 


Lastly here is sesi beramah mesra with Ms Azura and this time aku takde sebab 
da balek! ahahaha


Thank you for viewing!

Just back from my long leave ;)

Assalammualaikum,

Aku rindu menulis disini ;)

Cuti yang panjang from 5 - 8 Julai membuatkan aku lupa tentang akan transfer nyer aku ke Melaka. Opsss! sebelum terlupa date of my transfer is change to 1-Aug-2012 wehuuuuuu! Got many days to prepare and kemas all my messy things!

Cuti dihabiskan bersama anak buah aku yg comot + tembam ni


Habis segala handbeg & barang² make up aku dikerjakan buat main masak² dgn kawan² kata nyer? and paling speechless skali dia minta aku belikan high heels for raya tahun ni ehehe. Budak 2  1/2 tahun nak pakai high heels. boleh ker? confuse aku.

In the morning, teman mak ke jusco beli barang dapur and segala barang kat rumah tu yg dia rasa agak dah tak best. Boleh gitu? See mak asek tengok troli da penuh ke belom ehehe


And the best part of my holiday is mak belanje kami makan ikan bakar di Umbai, Melaka nyumm! nyumm! this is my 1st time sampai ke Umbai, Melaka so a bit jakunsss sebab all restaurant adalah terapung diatas air oke. i repeat TERAPUNG! untuk aku yg penakut ni sgtlaaa jakun + abah plak request nak makan di tingkat atas means tingkat 2, oke restaurant ni ada 2 tingkat rupanya bertambah gayatlah aku! ahahaha So far macam - macam lah kami makan i:e sikap 3 rasa and siakap bakar! yg laen lauk pauk macam biasa lah kan, sotong goreng tepung etc


See all foods finished already and balance is for tapau! :p
So far ok laa all ikan and foods kat Umbai ni, i give 4 from 5 star sebab their forgot to make my kerang bakar sob.. sob :((

Thank you emak & abah for make my cuti so wonderful~! and thank you also for my bos sebab approved my emergency leave on thursday, July 5 kantoi, ahahahahaha!

Thank you for viewing!

02 July 2012

Seriously sad news !

Hi,

Just received a call from HR department that I've been transfer to Melaka effective 23rd July 2012. Ok i am fainted now!

The news just crash my monday blues today, shock + unbeliveble + insane!

Nothing much to say and nothing much to talk because my heart is flying awayyy from my mind ~